Baru saja 25hb April berlalu dengan menyaksikan keputusan pilihanraya kecil Ulu Selangor berjaya dirampas oleh BN dari PKR sebelum ini.Yang sangat menarik untuk diamati ia lah koinsiden angka kemenangan majoriti BN ia itu 1725. Mengambil kira tarikh penamaan calon ialah 17hb april dan pengundian pula pada 25hb,dengan mencapur kedua tarikh ini menjadi 17 & 25,memberi semacam satu keajaiban kerana angkanya bersamaan dng kemenangan majoriti BN ia itu 1725.
Secara tidak langsung seolah-olah ada satu macam keramat ke atas kedua dua phenomena ini.Mungkin kah koinsiden memberi erti Tuhan merestui kemenangan ini,dan memberi petanda baik BN akan terus mencipta kecemerlangan di negara ini selepas prk Ulu Selangor.
Rata-rata kita dapat mendengar tentang pujian kpd DS Najib yang bekerja keras dan bersungguh sungguh untuk pembangunan negara.Secara keseluruhan nya kita dapat merasakan ada semacam ‘’approval’’ positif dari rakyat tentang cara kerja YAB Persdana Menteri kita.Ini dapat diberi gambaran dengan kemenangan manis prk Ulu Selangor.
Namun begitu jumlah majoriti ini tidak lah memberansangkan sangat.Ianya sangat jauh dari pencapian sepatutnya dimana semasa PRU12,majoriti BN bagi ketiga-tiga dun didalam kawasan ini ialah hampir 6000,walaupun calon parlimen BN dalam PRU12 G Palanivel kalah dengan angka -198.
Kekalahan Palanivel bukan ada kena mengena dengan perkara lain,cuma mungkin faktor calon yang sudah lama dan ditolak oleh masyarakat,kerana secara mathematiknya kalau semua yang mengundi BN di DUN memberi undi juga pada Palanivel,maka jumlah sepatutnya beliau dapat adalah majoriti hampir ke angka 6000.Mungkin faktor penolakan oleh pengundi pada Palanivel,menyebabkan DS Najib menolak cadangan Samy Vellu untuk meletakkan Palanivel sekali lagi di situ.
Mengambil kira faktor kekuatan kerajaan negeri yang kini berada dibawah pembangkang,kita boleh anggap sepatutnya masih mampu bertahan 50% dari majoriti PRU12,ia itu dalam lingkungan 3000.Tetapi apa yang terjadi ialah jumlah itu berkurang lagi ke 1725.
Persoalannya mengapa keadaan ini boleh terjadi begitu?
Selain dari kekuatan kerajaan negeri menggunakan segala kuasa yang ada untuk meraih undi,faktor pengundi Cina,India dan anak muda juga sangat besar peranan nya dalam prk kali ini.
Nampaknya pengundi Cina masih tidak berganjak dari sikap mereka sejak 2 tahun yang lalu,yang masih berat untuk menyokong BN atau MCA.Dengan kemelut perpecahan pucuk pimpinan MCA baru2 ini,jentera kempen MCA juga berpecah 2 dan lumpuh.
Kaum Cina telah ditusuk pemikiran mereka oleh pkr dan ds anwar dengan menjanjikan bulan dan bintang,dan kebanyakkan mereka percaya ianya boleh berlaku,sekiranya pembangkang menang pilihanraya dinegara ini,contohnya menjanjikan jawatan TPM,samarata samarasa,biasiswa,tanah,kuasa dan lain2nya.Pengharapan mereka meningkat tinggi dng kayalan yang ditabur oleh pembangkang sejak sebelum pru12 dan terbawa2 hingga prk ulu selangor.
Dipihak sebelah lagi,pembangkang mengasak fitnah dan tohmah kepada BN dan MCA menyebabkan persepsi masyarakat cina pd BN/MCA menjadi sangat negatif dan teruk.Pengharapan yang tinggi dan persepsi yang rendah menyebabkan tercipta jurang yang sangat besar yang akhirnya terbentuk rasa tidak senang dng BN.
Kaum india dikawasan ini,nampaknya sudah dapat menerima kepimpinan dsnajib,namun begitu faktor pergeseran pemilihan calon menyebabkan terpecah beberapa kumpulan pd mulanya,tetapi diakhir2 hari pengundian semua faktor itu dapat diredakan.
Melayu terpecah pada 2 ia itu orang lama dan anak muda.Pada awalnya,perbalahan tercetus ke atas pemilihan calon,yang mana melayu mahu calon umno kerana jumlah pengundi melayu yang ramai ia itu 54% disana dan india hanya 19%.Setelah keputusan dibuat meletakkan kamalanathan dari mic dibuat,isu calon akhirnya lenyap disaat2 akhir hari mengundi.Anak muda melayu terpecah 2,satu golongan menyonkong BN,satu golongan menyokong PR yang pada pandangan saya kekuatan sama rata.walaupun undi melayu meningkat kpd BN,tapi kita masih sedih ramai lagi mereka yang tidak sedar bala malapetaka yang bakal menimpa umat melayu dimasa hadapan.
kalau kita ambil analisa,kemenagan BN hanya lah 50.5%.Mari kita cuba buat anggaran dari mana datang nya undi ini.Katakan 60% dari 54% melayu=32.4%.Katakan 22 % dari 24% cina=5.28% dan katakan 70% dari 19%india=13.3%.Mencampur ketiga-tiga angka ini kita dapat hampir sama dng jumlah 50.98 % undi yang diperolehi oleh kalamanathan.
Dalam semua perbincangan ini,apa kah yang sebenarnya berlaku? Yang berlaku sebenarnya ialah expectation atau pengharapan kaum-kaum diatas meningkat dengan banyaknya, dan pada masa yang sama perception atau persepsi mereka pada umno /BN merudum lalu membentuk satu jurang yang besar.
Kita bernasib baik kerana YAB PM mampu meningkatkan persepsi masyarakat pada kerajaan baru-baru ini dengan berbagai agenda seperti 1malaysia,rakyat didahulukan,prestasi diutamakan,new economic model, NKRA,KPI dan lain2nya.
Harapan kita kepercayaan masyarakat akan terus meningkat kepada kepimpinan ds najib yang akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU13.
Dalam PRU13 kita perlu sokongan 60% kaum Melayu,30% kaum Cina dan 70% pengundi India untuk kita memerintah dengan 2/3 majoriti. Marilah sama2 kita berusaha ke arah ini dan memastikan negara ini dapat di tadbir dengan lebih stabil dan cemerlang untuk kemakmuran negara bersama.
Saya penuh yakin,DS Najib akan mampu melonjak sekali lagi negara ini ke tahap yang lebih hebat setelah fasa pertama di lakukan oleh YA Berbahagia Tun Dr Mahathir berpuluh tahun yang lalu.
BERSATU KITA UNTUK KEMAKMURAN NEGARA.
Apa shit yang you cakap pasal Karpal Singh. RIP dear Tiger of Jelutong. Nawawi go drown yourself in Langkawi. Fuck you
ReplyDelete