Friday, April 23, 2010

Kerajaan PR KEDAH seperti TELUR DIHUJUNG TANDUK

Kerajaan PR KEDAH seperti "TELUR DIHUJUNG TANDUK" kerana umum talah mengetahui keadaan kerusi negeri KEDAH.

Untuk pengetahuan umum KEDUDUKAN KERUSI DUN ialah 20 PR, 14 BN dan 2 Bebas yang memihak kepada BN. Mengambil kira keadaan ini, nampaknya jumlah kerusi seolah-olah terbelah dua di mana PR 20 dan 16 BN.

Sekiranya 2 lagi ADUN PR keluar parti, menjadi BEBAS dan menyokong BN. Kedudukan akan menjadi 18 PR dan 18 BN.

Bila situasi begini, kerajaan KEDAH pimpinan PAS tidak boleh berfungsi dan besar kemungkinan Menteri Besar lani Ustaz Azizan akan membubarkan DUN KEDAH.

Namun begitu pada saat ini 1 kerusi masih belum ditentukan kesahihannya, lantaran ADUN KOTA SIPUTEH Dato Abu Hassan Sharif digantung keahliannya kerana dianggap tidak hadir 2 kali berturut-turut ke Mesyuarat DUN. Walau bagaimana pun ianya masih di peringkat Mahkamah.

Walau pun mahkamah tinggi telah memutuskan Dato Abu Hassan bersalah, tetapi BN telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan kerana BN mempertikaikan tentang perkataan berturut-turut yang menjadi masalah sehingga membawa kepada pengantungan YB Adun Kota Siputeh. Dengan pengantungan ini, maka pihak kerajaan negeri ada sedikit kelebihan di mana kekuatan masing-masing menjadi 20/15, setelah menolak Adun Kota Siputeh.

Kalau 2 lagi Adun melompat jadi BEBAS, kekuatan menjadi 18 PR / 17 BN. Ustaz Azizan telah berkata beliau sedia membubarkan DUN KEDAH pada bila-bila masa sekiranya ada ADUN yang melompat lagi.

Rakyat KEDAH menunggu peristiwa dan tindakan selanjutnya dengan penuh debaran.

Saturday, April 17, 2010

BOLA 9 SEBELAH 1 MALAYSIA LANGKAWI


Bola 9 sebelah 1 Malaysia Langkawi semalam (sabtu) telah selesai program pertandingan bola sepak 1 Malaysia peringkat Langkawi setelah 2 hari jumaat dan sabtu perlawanan dilangsungkan.

Terdapat sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian yang mencatatkan rekod baru dalam sejarah Langkawi sejak zaman adam dan hawa, merupakan pasukan paling banyak mengambil bahagian.

Tahun-tahun lepas selalunya hanya menyaksikan dalam 20 hingga 24 pasukan sahaja mengambil bahagian setiap kali pertandingan sebegini diadakan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi iaitu En Norsaidi bin Nayan dan juga seluruh AJK penganjur di atas kejayaan yang cemerlang ini. Hampir 500 pemain dan simpanan telah dapat kita kumpulkan dalam satu program dan ini melambangkan UMNO masih releven dan disokong oleh anak muda.

Pasukan yang berjaya menjadi juara ialah Teluk Cemerlang dan Naib Juara pasukan Market Padang Matsirat.

Kali ini menyaksikan 3 pasukan diturunkan oleh mawila3 iaitu pasukan tentera laut yang baru saja mempunyai markas mereka di Bukit Malut Langkawi dengan keanggotaan melebihi 350 orang. Penyertaan mereka amat baik kerana menjadi petunjuk tentera juga mahu mendampingi masyarakat tempatan.

Kita menanti pertandingan peringakat negeri 9 sebelah ini pada Disember 2010 di Baling dan berharap Langkawi akan menjadi juara. Amin.

APA MUSLIHAT ANWAR MEMILIH ZAID DI HULU SELANGOR?

Hulu Selangor menjadi medan pertempuran baru antara DN dan parti pembangkang. BN mencalonkan P Kamalanathan 44, Ketua Penerangan MIC Pusat sebagai calon dan Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon PR. Di celah-celah itu terdapat 2 calon bebabs, satu Melayu dan 1 India yang dikatakan strategi pihak-pihak tertentu untuk memecah undi di PRK ini.

Umum mengetahui Zaid Ibrahim, seorang peguam Melayu yang gemar minum arak. Arak adalah minuman sebati dengan dirinya. Haji Hadi dengan selamba dalam ceramahnya berkata Zaid sudah berhenti minum arak. Secara jelas dengan kenyataan Hadi ini, mengiakan bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang kaki botol. Dengan peribadi Zaid yang di luar tabiat Muslim Malaysia, soalan kita ialah mengapa Anwar masih memilih beliau?

Ada yang kata kerana dia banyak duit hasil yang dibantu oleh kerajaan BN sebelum ini, maka senanglah dia mengerakkan kempen pilihanraya.

Tetapi tidakkah kita pernah terfikir Anwar ada agenda lain dalam hati nya? Memandangkan kesnya di Mahkamah meliwat Saiful sedang berjalan, Zaidlah yang mungkin diharapkan dapat membela beliaudi Parlimen nanti secara Percuma. Pokoknya matlamat peribadi juga dijadikan sandaran walaupun pencalonan Zaid tidak disokong oleh PAS dan AMK.

Thursday, April 15, 2010

SATU LAGI ADUN PKR KELUAR

Terkini 15-4-2010 , Seorang lagi ADUN PKR (Dun Bakar Arang) Tan Wei Shu sebentar tadi umum keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS kerana kecewa di peralatkan oleh pemimpin PKR.

Ini menjadikan adun bebas di Kedah kini menjadi 2 setelah beberapa bulan dulu ADUN Lunas yang merupakan orang kuat PKR isytihar keluar parti menjadi calon bebas.

Jumlah kerusi di DUN Kedah ialah 36 dan kini kedudukan terkini ialah :
  1. 14 KERUSI BN - (12 - UMNO, 1 - MCA & 1 Gerakan)
  2. 2 KERUSI BEBAS
  3. 16 KERUSI PAS
  4. 1 KERUSI DAP
  5. 3 KERUSI PKR
Melihat dari senario jumlah kerusi, sekiranya bebas menyokong BN maka kekuatan BN akan menjadi 16. Kalau 2 orang ADUN PR melompat dalam tempoh terdekat. Kekuatan akan menjadi sama iaitu BN 18 / PR 18.

Tidak mustahil sekiranya Kerajaan Kedah bertukar tangan dalam tempoh terdekat ini sekiranya 3 lagi adun PR mereka keluar. Baki terkini Kerusi Pakatan ialah :

  1. PKR - 3 KERUSI
  2. DAP - 1 KERUSI
Ini adalah perkembangan yang menarik untuk seluruh rakyat Negeri Kedah.

Tuesday, April 13, 2010

BOLA SEPAK WORLD CUP 2010 - AFRIKA SELATAN

DEMAM BOLA SEPAK PIALA DUNIA.

The 2010 FIFA World Cup will be the 19th FIFA World Cup, the premier international football tournament. It is scheduled to take place between 11 June and 11 July 2010 in South Africa.

KITA BUAT KARNIVAL WORLD CUP DI TEMPAT KITA. MAI RAMAI2 DAN MACAM2 ACARA LAIN.

Memandangkan bolasepak piala dunia ini hanya akan berlangsung setiap 4 tahun sekali dan diminati ramai, maka saya mencadangkan kita membuat program khas untuk melihat beramai-ramai dengan layar yang besar .

Disamping saya mencadangkan agar kita boleh memeriahkan lagi program ini dengan pertandingan karaoke, pertunjukan live bands, pertunjukan silat seluruh daerah dan macam macam lagi.

Mungkin bagi memeriahkan lagi kawasan tersebut kita buat gerai jualan makanan dan barang2 free duty selama sebulan disamping cabutan bertuah pada mereka yg meneka betul jaringan untuk setiap perlawanan.

Saya mencadangkan program ini dilaksankan oleh pemuda dan puteri di Pantai Cenang kawasan lapang tanah LADA.

Semuga berjaya.
YB D Nawawi