Kerajaan PR KEDAH seperti "TELUR DIHUJUNG TANDUK" kerana umum talah mengetahui keadaan kerusi negeri KEDAH.
Untuk pengetahuan umum KEDUDUKAN KERUSI DUN ialah 20 PR, 14 BN dan 2 Bebas yang memihak kepada BN. Mengambil kira keadaan ini, nampaknya jumlah kerusi seolah-olah terbelah dua di mana PR 20 dan 16 BN.
Sekiranya 2 lagi ADUN PR keluar parti, menjadi BEBAS dan menyokong BN. Kedudukan akan menjadi 18 PR dan 18 BN.
Bila situasi begini, kerajaan KEDAH pimpinan PAS tidak boleh berfungsi dan besar kemungkinan Menteri Besar lani Ustaz Azizan akan membubarkan DUN KEDAH.
Namun begitu pada saat ini 1 kerusi masih belum ditentukan kesahihannya, lantaran ADUN KOTA SIPUTEH Dato Abu Hassan Sharif digantung keahliannya kerana dianggap tidak hadir 2 kali berturut-turut ke Mesyuarat DUN. Walau bagaimana pun ianya masih di peringkat Mahkamah.
Walau pun mahkamah tinggi telah memutuskan Dato Abu Hassan bersalah, tetapi BN telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan kerana BN mempertikaikan tentang perkataan berturut-turut yang menjadi masalah sehingga membawa kepada pengantungan YB Adun Kota Siputeh. Dengan pengantungan ini, maka pihak kerajaan negeri ada sedikit kelebihan di mana kekuatan masing-masing menjadi 20/15, setelah menolak Adun Kota Siputeh.
Kalau 2 lagi Adun melompat jadi BEBAS, kekuatan menjadi 18 PR / 17 BN. Ustaz Azizan telah berkata beliau sedia membubarkan DUN KEDAH pada bila-bila masa sekiranya ada ADUN yang melompat lagi.
Rakyat KEDAH menunggu peristiwa dan tindakan selanjutnya dengan penuh debaran.
Friday, April 23, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment