Hulu Selangor menjadi medan pertempuran baru antara DN dan parti pembangkang. BN mencalonkan P Kamalanathan 44, Ketua Penerangan MIC Pusat sebagai calon dan Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon PR. Di celah-celah itu terdapat 2 calon bebabs, satu Melayu dan 1 India yang dikatakan strategi pihak-pihak tertentu untuk memecah undi di PRK ini.
Umum mengetahui Zaid Ibrahim, seorang peguam Melayu yang gemar minum arak. Arak adalah minuman sebati dengan dirinya. Haji Hadi dengan selamba dalam ceramahnya berkata Zaid sudah berhenti minum arak. Secara jelas dengan kenyataan Hadi ini, mengiakan bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang kaki botol. Dengan peribadi Zaid yang di luar tabiat Muslim Malaysia, soalan kita ialah mengapa Anwar masih memilih beliau?
Ada yang kata kerana dia banyak duit hasil yang dibantu oleh kerajaan BN sebelum ini, maka senanglah dia mengerakkan kempen pilihanraya.
Tetapi tidakkah kita pernah terfikir Anwar ada agenda lain dalam hati nya? Memandangkan kesnya di Mahkamah meliwat Saiful sedang berjalan, Zaidlah yang mungkin diharapkan dapat membela beliaudi Parlimen nanti secara Percuma. Pokoknya matlamat peribadi juga dijadikan sandaran walaupun pencalonan Zaid tidak disokong oleh PAS dan AMK.
Saturday, April 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment