Saturday, April 17, 2010

BOLA 9 SEBELAH 1 MALAYSIA LANGKAWI


Bola 9 sebelah 1 Malaysia Langkawi semalam (sabtu) telah selesai program pertandingan bola sepak 1 Malaysia peringkat Langkawi setelah 2 hari jumaat dan sabtu perlawanan dilangsungkan.

Terdapat sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian yang mencatatkan rekod baru dalam sejarah Langkawi sejak zaman adam dan hawa, merupakan pasukan paling banyak mengambil bahagian.

Tahun-tahun lepas selalunya hanya menyaksikan dalam 20 hingga 24 pasukan sahaja mengambil bahagian setiap kali pertandingan sebegini diadakan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi iaitu En Norsaidi bin Nayan dan juga seluruh AJK penganjur di atas kejayaan yang cemerlang ini. Hampir 500 pemain dan simpanan telah dapat kita kumpulkan dalam satu program dan ini melambangkan UMNO masih releven dan disokong oleh anak muda.

Pasukan yang berjaya menjadi juara ialah Teluk Cemerlang dan Naib Juara pasukan Market Padang Matsirat.

Kali ini menyaksikan 3 pasukan diturunkan oleh mawila3 iaitu pasukan tentera laut yang baru saja mempunyai markas mereka di Bukit Malut Langkawi dengan keanggotaan melebihi 350 orang. Penyertaan mereka amat baik kerana menjadi petunjuk tentera juga mahu mendampingi masyarakat tempatan.

Kita menanti pertandingan peringakat negeri 9 sebelah ini pada Disember 2010 di Baling dan berharap Langkawi akan menjadi juara. Amin.

No comments:

Post a Comment