Friday, May 14, 2010

Ulu selangor (US) memberi banyak jawapan

Baru saja 25hb April berlalu dengan menyaksikan keputusan pilihanraya kecil Ulu Selangor berjaya dirampas oleh BN dari PKR sebelum ini.Yang sangat menarik untuk diamati ia lah koinsiden angka kemenangan majoriti BN ia itu 1725. Mengambil kira tarikh penamaan calon ialah 17hb april dan pengundian pula pada 25hb,dengan mencapur kedua tarikh ini menjadi 17 & 25,memberi semacam satu keajaiban kerana angkanya bersamaan dng kemenangan majoriti BN ia itu 1725.

Secara tidak langsung seolah-olah  ada satu macam keramat ke atas kedua dua phenomena ini.Mungkin kah koinsiden memberi erti Tuhan merestui kemenangan ini,dan memberi petanda baik BN akan terus mencipta kecemerlangan di negara ini selepas prk Ulu Selangor.

Rata-rata kita dapat mendengar tentang pujian kpd DS Najib yang bekerja keras dan bersungguh sungguh untuk pembangunan negara.Secara keseluruhan nya kita dapat merasakan ada semacam ‘’approval’’ positif dari rakyat tentang cara kerja YAB Persdana Menteri kita.Ini dapat diberi gambaran dengan kemenangan manis prk Ulu Selangor.
Namun begitu jumlah majoriti ini tidak lah memberansangkan sangat.Ianya sangat jauh dari pencapian sepatutnya dimana semasa PRU12,majoriti BN bagi ketiga-tiga dun didalam kawasan ini ialah hampir 6000,walaupun calon parlimen BN dalam PRU12 G Palanivel kalah dengan angka -198.
Kekalahan Palanivel bukan ada kena mengena dengan perkara lain,cuma mungkin faktor calon yang sudah lama dan ditolak oleh masyarakat,kerana secara mathematiknya kalau semua yang mengundi BN di DUN memberi undi juga pada Palanivel,maka jumlah sepatutnya beliau dapat adalah majoriti hampir ke angka 6000.Mungkin faktor penolakan oleh pengundi pada Palanivel,menyebabkan DS Najib menolak cadangan Samy Vellu untuk meletakkan Palanivel sekali lagi di situ.
Mengambil kira faktor kekuatan kerajaan negeri yang kini berada dibawah pembangkang,kita boleh anggap sepatutnya masih mampu bertahan 50% dari majoriti PRU12,ia itu dalam lingkungan 3000.Tetapi apa yang terjadi ialah jumlah itu berkurang lagi ke 1725.
Persoalannya mengapa keadaan ini boleh terjadi begitu?
Selain dari kekuatan kerajaan negeri menggunakan segala kuasa yang ada untuk meraih undi,faktor pengundi Cina,India dan anak muda juga sangat besar peranan nya dalam prk kali ini.
Nampaknya pengundi Cina masih tidak berganjak dari sikap mereka sejak 2 tahun yang lalu,yang masih berat untuk menyokong BN atau MCA.Dengan kemelut perpecahan pucuk pimpinan MCA baru2 ini,jentera kempen MCA juga berpecah 2 dan lumpuh.
Kaum Cina telah ditusuk pemikiran mereka oleh pkr dan ds anwar dengan menjanjikan bulan dan bintang,dan kebanyakkan mereka percaya ianya boleh berlaku,sekiranya pembangkang menang pilihanraya dinegara ini,contohnya menjanjikan jawatan TPM,samarata samarasa,biasiswa,tanah,kuasa dan lain2nya.Pengharapan mereka meningkat tinggi dng kayalan yang ditabur oleh pembangkang sejak sebelum pru12 dan terbawa2 hingga prk ulu selangor.
Dipihak sebelah lagi,pembangkang mengasak fitnah dan tohmah kepada BN dan MCA menyebabkan persepsi masyarakat cina pd BN/MCA menjadi sangat negatif dan teruk.Pengharapan yang tinggi dan persepsi yang rendah menyebabkan tercipta jurang yang sangat besar yang akhirnya terbentuk rasa tidak senang dng BN.
Kaum india dikawasan ini,nampaknya sudah dapat menerima kepimpinan dsnajib,namun begitu faktor pergeseran pemilihan calon menyebabkan terpecah beberapa kumpulan pd mulanya,tetapi diakhir2 hari pengundian semua faktor itu dapat diredakan.
Melayu terpecah pada 2 ia itu orang lama dan anak muda.Pada awalnya,perbalahan tercetus ke atas pemilihan calon,yang mana melayu mahu calon umno kerana jumlah pengundi melayu yang ramai ia itu 54% disana dan india hanya 19%.Setelah keputusan dibuat meletakkan kamalanathan dari mic dibuat,isu calon akhirnya lenyap disaat2 akhir hari mengundi.Anak muda melayu terpecah 2,satu golongan menyonkong BN,satu golongan menyokong PR yang pada pandangan saya kekuatan sama rata.walaupun undi melayu meningkat kpd BN,tapi kita masih sedih ramai lagi mereka yang tidak sedar bala malapetaka yang bakal menimpa umat melayu dimasa hadapan.
kalau kita ambil analisa,kemenagan BN hanya lah 50.5%.Mari kita cuba buat anggaran dari mana datang nya undi ini.Katakan 60% dari 54% melayu=32.4%.Katakan 22 % dari 24% cina=5.28% dan katakan 70% dari 19%india=13.3%.Mencampur  ketiga-tiga angka ini kita dapat hampir sama dng jumlah 50.98 % undi yang diperolehi oleh kalamanathan.
Dalam semua perbincangan ini,apa kah yang sebenarnya berlaku? Yang berlaku sebenarnya ialah expectation atau pengharapan  kaum-kaum diatas meningkat dengan  banyaknya, dan pada masa yang sama perception atau persepsi mereka pada umno /BN merudum lalu membentuk satu jurang yang besar.
Kita bernasib baik kerana YAB PM mampu meningkatkan persepsi masyarakat pada kerajaan baru-baru  ini dengan berbagai agenda seperti 1malaysia,rakyat didahulukan,prestasi diutamakan,new economic model, NKRA,KPI dan lain2nya.

Harapan kita kepercayaan masyarakat akan terus meningkat kepada kepimpinan ds najib yang akan membawa kepada kemenangan besar BN dalam PRU13.

Dalam PRU13 kita perlu sokongan 60% kaum Melayu,30% kaum Cina dan 70% pengundi India untuk kita memerintah dengan 2/3 majoriti. Marilah sama2 kita berusaha ke arah ini dan memastikan negara ini dapat di tadbir dengan lebih stabil dan cemerlang untuk kemakmuran negara bersama.

Saya penuh yakin,DS Najib akan mampu melonjak sekali lagi negara ini ke  tahap yang lebih hebat setelah fasa pertama di lakukan oleh YA Berbahagia Tun Dr Mahathir berpuluh tahun yang lalu.

BERSATU KITA UNTUK KEMAKMURAN NEGARA.

Monday, May 10, 2010

Lawatan Walkabout YAB PM ke Sg Cenang Langkawi‏


Baru-baru ini perdana telah membuat lawatan ke Langkawi dan mengadakan walkabout bertemu dengan Nelayan-Nelayan di Sungai Cenang, Langkawi. Dalam lawatan tersebut YAN PM telah bermesra dengan semua nelayan di kawasan tersebut dan beliau dihidangkan dengan air kelapa serta ubi kayu sambal ikan bilis.

Nelayan-Nelayan di kawasan tersebut sangat gembira apabila YAB PM bermurah hati meluluskan sejumlah RM 7 Juta bagi membina penempatan baru bagi nelayan yg berjumlah lebih 300 oarang di kawasan tersebut.

Penempatan itu akan juga dibangunkan dengan restoran ikan bakar untuk pelancong yg datang ke Langkawi.

Gambar - YB Dato Nawawi sedang menunjukkan plan perancangan di kawasan tersebut.

Friday, April 23, 2010

Kerajaan PR KEDAH seperti TELUR DIHUJUNG TANDUK

Kerajaan PR KEDAH seperti "TELUR DIHUJUNG TANDUK" kerana umum talah mengetahui keadaan kerusi negeri KEDAH.

Untuk pengetahuan umum KEDUDUKAN KERUSI DUN ialah 20 PR, 14 BN dan 2 Bebas yang memihak kepada BN. Mengambil kira keadaan ini, nampaknya jumlah kerusi seolah-olah terbelah dua di mana PR 20 dan 16 BN.

Sekiranya 2 lagi ADUN PR keluar parti, menjadi BEBAS dan menyokong BN. Kedudukan akan menjadi 18 PR dan 18 BN.

Bila situasi begini, kerajaan KEDAH pimpinan PAS tidak boleh berfungsi dan besar kemungkinan Menteri Besar lani Ustaz Azizan akan membubarkan DUN KEDAH.

Namun begitu pada saat ini 1 kerusi masih belum ditentukan kesahihannya, lantaran ADUN KOTA SIPUTEH Dato Abu Hassan Sharif digantung keahliannya kerana dianggap tidak hadir 2 kali berturut-turut ke Mesyuarat DUN. Walau bagaimana pun ianya masih di peringkat Mahkamah.

Walau pun mahkamah tinggi telah memutuskan Dato Abu Hassan bersalah, tetapi BN telah membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan kerana BN mempertikaikan tentang perkataan berturut-turut yang menjadi masalah sehingga membawa kepada pengantungan YB Adun Kota Siputeh. Dengan pengantungan ini, maka pihak kerajaan negeri ada sedikit kelebihan di mana kekuatan masing-masing menjadi 20/15, setelah menolak Adun Kota Siputeh.

Kalau 2 lagi Adun melompat jadi BEBAS, kekuatan menjadi 18 PR / 17 BN. Ustaz Azizan telah berkata beliau sedia membubarkan DUN KEDAH pada bila-bila masa sekiranya ada ADUN yang melompat lagi.

Rakyat KEDAH menunggu peristiwa dan tindakan selanjutnya dengan penuh debaran.

Saturday, April 17, 2010

BOLA 9 SEBELAH 1 MALAYSIA LANGKAWI


Bola 9 sebelah 1 Malaysia Langkawi semalam (sabtu) telah selesai program pertandingan bola sepak 1 Malaysia peringkat Langkawi setelah 2 hari jumaat dan sabtu perlawanan dilangsungkan.

Terdapat sebanyak 42 pasukan mengambil bahagian yang mencatatkan rekod baru dalam sejarah Langkawi sejak zaman adam dan hawa, merupakan pasukan paling banyak mengambil bahagian.

Tahun-tahun lepas selalunya hanya menyaksikan dalam 20 hingga 24 pasukan sahaja mengambil bahagian setiap kali pertandingan sebegini diadakan.

Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Ketua Pemuda Umno Bahagian Langkawi iaitu En Norsaidi bin Nayan dan juga seluruh AJK penganjur di atas kejayaan yang cemerlang ini. Hampir 500 pemain dan simpanan telah dapat kita kumpulkan dalam satu program dan ini melambangkan UMNO masih releven dan disokong oleh anak muda.

Pasukan yang berjaya menjadi juara ialah Teluk Cemerlang dan Naib Juara pasukan Market Padang Matsirat.

Kali ini menyaksikan 3 pasukan diturunkan oleh mawila3 iaitu pasukan tentera laut yang baru saja mempunyai markas mereka di Bukit Malut Langkawi dengan keanggotaan melebihi 350 orang. Penyertaan mereka amat baik kerana menjadi petunjuk tentera juga mahu mendampingi masyarakat tempatan.

Kita menanti pertandingan peringakat negeri 9 sebelah ini pada Disember 2010 di Baling dan berharap Langkawi akan menjadi juara. Amin.

APA MUSLIHAT ANWAR MEMILIH ZAID DI HULU SELANGOR?

Hulu Selangor menjadi medan pertempuran baru antara DN dan parti pembangkang. BN mencalonkan P Kamalanathan 44, Ketua Penerangan MIC Pusat sebagai calon dan Zaid Ibrahim dipilih sebagai calon PR. Di celah-celah itu terdapat 2 calon bebabs, satu Melayu dan 1 India yang dikatakan strategi pihak-pihak tertentu untuk memecah undi di PRK ini.

Umum mengetahui Zaid Ibrahim, seorang peguam Melayu yang gemar minum arak. Arak adalah minuman sebati dengan dirinya. Haji Hadi dengan selamba dalam ceramahnya berkata Zaid sudah berhenti minum arak. Secara jelas dengan kenyataan Hadi ini, mengiakan bahawa Zaid Ibrahim adalah seorang kaki botol. Dengan peribadi Zaid yang di luar tabiat Muslim Malaysia, soalan kita ialah mengapa Anwar masih memilih beliau?

Ada yang kata kerana dia banyak duit hasil yang dibantu oleh kerajaan BN sebelum ini, maka senanglah dia mengerakkan kempen pilihanraya.

Tetapi tidakkah kita pernah terfikir Anwar ada agenda lain dalam hati nya? Memandangkan kesnya di Mahkamah meliwat Saiful sedang berjalan, Zaidlah yang mungkin diharapkan dapat membela beliaudi Parlimen nanti secara Percuma. Pokoknya matlamat peribadi juga dijadikan sandaran walaupun pencalonan Zaid tidak disokong oleh PAS dan AMK.

Thursday, April 15, 2010

SATU LAGI ADUN PKR KELUAR

Terkini 15-4-2010 , Seorang lagi ADUN PKR (Dun Bakar Arang) Tan Wei Shu sebentar tadi umum keluar parti untuk menjadi ADUN BEBAS kerana kecewa di peralatkan oleh pemimpin PKR.

Ini menjadikan adun bebas di Kedah kini menjadi 2 setelah beberapa bulan dulu ADUN Lunas yang merupakan orang kuat PKR isytihar keluar parti menjadi calon bebas.

Jumlah kerusi di DUN Kedah ialah 36 dan kini kedudukan terkini ialah :
  1. 14 KERUSI BN - (12 - UMNO, 1 - MCA & 1 Gerakan)
  2. 2 KERUSI BEBAS
  3. 16 KERUSI PAS
  4. 1 KERUSI DAP
  5. 3 KERUSI PKR
Melihat dari senario jumlah kerusi, sekiranya bebas menyokong BN maka kekuatan BN akan menjadi 16. Kalau 2 orang ADUN PR melompat dalam tempoh terdekat. Kekuatan akan menjadi sama iaitu BN 18 / PR 18.

Tidak mustahil sekiranya Kerajaan Kedah bertukar tangan dalam tempoh terdekat ini sekiranya 3 lagi adun PR mereka keluar. Baki terkini Kerusi Pakatan ialah :

  1. PKR - 3 KERUSI
  2. DAP - 1 KERUSI
Ini adalah perkembangan yang menarik untuk seluruh rakyat Negeri Kedah.

Tuesday, April 13, 2010

BOLA SEPAK WORLD CUP 2010 - AFRIKA SELATAN

DEMAM BOLA SEPAK PIALA DUNIA.

The 2010 FIFA World Cup will be the 19th FIFA World Cup, the premier international football tournament. It is scheduled to take place between 11 June and 11 July 2010 in South Africa.

KITA BUAT KARNIVAL WORLD CUP DI TEMPAT KITA. MAI RAMAI2 DAN MACAM2 ACARA LAIN.

Memandangkan bolasepak piala dunia ini hanya akan berlangsung setiap 4 tahun sekali dan diminati ramai, maka saya mencadangkan kita membuat program khas untuk melihat beramai-ramai dengan layar yang besar .

Disamping saya mencadangkan agar kita boleh memeriahkan lagi program ini dengan pertandingan karaoke, pertunjukan live bands, pertunjukan silat seluruh daerah dan macam macam lagi.

Mungkin bagi memeriahkan lagi kawasan tersebut kita buat gerai jualan makanan dan barang2 free duty selama sebulan disamping cabutan bertuah pada mereka yg meneka betul jaringan untuk setiap perlawanan.

Saya mencadangkan program ini dilaksankan oleh pemuda dan puteri di Pantai Cenang kawasan lapang tanah LADA.

Semuga berjaya.
YB D Nawawi